Thursday, August 25, 2011

Undi pos: DAP timbulkan 'isteri klon' pula

DAP hari ini mendakwa, parti itu berjaya menemui rekod dua orang pengundi wanita yang didaftarkan sebagai undi pos – dengan nama yang sama dan juga berkahwin dengan seorang anggota tentera lelaki yang sama.
Anehnya, kedua-dua wanita bernama Khadijah Husin itu berdaftar di alamat yang sama dan juga mempunyai tarikh lahir yang sama, menurut rekod di pengkalan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
dap claims wives clone voters 250811Kedua-duanya wanita tersebut, seorang daripadanya sembilan tahun lebih tua, dilahirkan pada 20 Februari dan nombor kad pengenalan mereka pula hanya mempunyai perbezaan pada satu digit.
Wanita berkenaan didaftarkan sebagai pengundi pos mengikut pasangan mereka, seorang anggota tentera bernama Nor Hisham Md Darus.
Mengulas penemuan itu, ahli parlimen Rasah, Anthony Loke berkata ketulenan pengundi pos berkenaan diragui memandangkan kesamaan yang dikesan itu "terlalu kebetulan."
"Adakah kebetulan seperti ini, di mana seorang lelaki ada dua isteri yang sama nama dan tarikh lahir? Kita syak (wanita) ini ialah orang yang sama dengan dua identiti.
"Jika media boleh jumpa dua wanita ini dengan nama dan tarikh lahir sama dan ambil gambar dengan suami dia, saya akan kunjungi keluar itu dan beri mereka hamper Hari Raya," katanya.
Seorang daripada wanita berkenaan telah dipindahkan untuk mengundi di kawasan Rasah manakala seorang lagi didaftarkan sebagai pengundi baru di kawasan tersebut.
Bagaimanapun, semakan yang dijalankan Malaysiakini di pangkalan data dalam talian SPR menunjukkan, maklumat untuk seorang daripada wanita berkenaan (dengan nombor kad pengenalan 790220115182) telah dikeluarkan.

Sumber MK

Friday, August 12, 2011

Bukti Pengundi Hantu guna nama Pemuda dan Puteri UMNO

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia berjaya mendapatkan bukti bahawa terdapat unsur-unsur manipulasi dalam pilihan raya yang mungkin melibatkan Umno.
Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasinya, Suhaizat Kaiat (gambar) berkata, pendedahan yang telah dibuat sebelum ini terdapat dua individu yang 99% sama indentitinya dan hanya dibezakan dengan beberapa nombor kad pengenalan sahaja.
"Dua identiti ini sangat mencurigakan," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Bukti pertama
Dua identiti MOHD BAHAR BIN OMAR hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di dua digit terakhir nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.
Identiti MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai no kad pengenalan 800105025489 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:
Nama: MOHD BAHAR BIN OMAR
No Kad Pengenalan: 800105025489
No. Ahli UMNO: 02914008
Negeri: K – KEDAH
Bahagian: 018 - KULIM-BANDAR BAHARU
DUN: 01835 – KULIM
Cawangan: 01835029 - JALAN JUNJUNG
MOHD BAHAR BIN OMAR adalah ahli Pemuda Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu, Kedah.
Identiti kedua MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai nombor kad pengenalan 800105025459 adalah pengundi hantu.
Bukti Kedua
Dua identiti FATEN DIANA BINTI HASSAN hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di digit ke empat nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.
Identiti FATEN DIANA BINTI HASSAN yang mempunyai no kad pengenalan 810822035400 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:
FATEN DIANA BINTI HASSAN adalah ahli Puteri Umno Bahagian Tumpat, Kelantan. Identiti kedua FATEN DIANA BINTI HASSAN yang mempunyai nombor kad pengenalan 810522035400 adalah pengundi hantu.
Nama: FATEN DIANA BINTI HASSAN
No Kad Pengenalan: 810822035400
No. Ahli UMNO: 03252506
Negeri: D – KELANTAN
Bahagian: 019 – TUMPAT
DUN: 01902 – KELABORAN
Cawangan: 01902021 - DALAM RHU PANTAI
Bukti Ketiga
Dua identiti SHARINA BINTI MAT ARIF hanyalah dibezakan dengan nombor 7 dan nombor 9 di digit ke enam nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.
Identiti SHARINA BINTI MAT ARIF yang mempunyai no kad pengenalan 800727095094 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:
SHARINA BINTI MAT ARIF adalah ahli Puteri Umno Bahagian Padang Besar, Perlis.
Identiti kedua SHARINA BINTI MAT ARIF yang mempunyai nombor kad pengenalan 800729095094 adalah pengundi hantu.
Pemuda Umno dan Puteri Umno di atas berkemungkinan mengundi dua kali dengan meyakinkan Ketua Tempat mengundi (KTM) menggunakan keadah-keadah berikut:
Nama, No Kad Pengenalan, No. Ahli Umno, Negeri, Bahagian, DUN, Cawangan
: SHARINA BINTI MAT ARIFF
: 800727095094
: 02999301
: R – PERLIS
: 001 - PADANG BESAR
: 00105 – SANTAN
: 00105010 - KAMPONG PETAL
1. Menggunakan kad pengenalan palsu atau;
2. Menggunakan lesen kenderaan palsu atau;
3. Menggunakan kad pengenalan asli tetapi tetap dibenarkan menggundi kerana kesalahan kecil atau ;
4. Menggunakan borang 11 untuk membuat akuan diri atau
5. Mengunakan keadah-keadah yang difikirkan sesuai ditempat mengundi.
Menurut Suhaizan, bukti-bukti di atas seolah-olah membuktikan bahawa Umno terlibat dalam manipulasi pilihanraya di negara ini.
Justeru, tegasnya, Pemuda PAS Malaysia mendesak Perdana Menteri selaku Presiden Umno membuat penjelasan berkenaan penemuan bukti tersebut.
"Tidak mungkin ini satu kebetulan kerana data-data yang kita miliki terlalu banyak," ujarnya.
Katanya, tiga bukti yang diberikan itu hanyalah contoh untuk membuktikan bahawa perkara itu benar-benar berlaku.
"Jika Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menuduh isu Mismah ciptaan pembangkang, maka saya ingin bertanya manipulasi pilihan raya ini ciptaan siapa?" soalnya yang Ketua Pemuda PAS Johor.

Monday, August 8, 2011

SPR cipta sejarah, Kg Baru sebagai pengundi




KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi.
Menurut Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan  830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor dalam satu kenyataan berkata, daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini.
Berikut ulasan beliau berhubung perkara itu.

Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi. Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan  830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut. Daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini.
Maklumat pemilih yang mencipta sejarah ini adalah seperti di bawah:

Apabila semakan dibuat dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) mengikut nombor kad pengenalan pemilih maka nama Kg Baru sebenarnya adalah Noraini Binti Abdullah. Persoalannya bagaimana SPR boleh melakukan kesilapan yang begitu memalukan? Bagaimana kecuaian ini boleh berlaku?  Apakah Datuk Wan Ahmad Wan Omar masih menganggap isu ini hanyak layak di jawab oleh kerani SPR sahaja?

Maklumat Noraini Binti Abdullah adalah seperti berikut:
Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah menjumpai pemilih dari kalangan pengundi hantu di mana nama pemilih ini tidak terdapat dalam rekod JPN. Pengundi hantu ini bernama Farhana Binti Abdul Rashid, no kad pengenalan 840505715012 dan mengundi di Dun Wakaf Mempelam, Parlimen Kuala Terengganu.
Maklumat pengundi hantu ini adalah seperti berikut:

Semakan di laman Web JPN menunjukkan identiti  Farhana Binti Abdul Rashid tidak wujud.

Persoalannya bagaimana SPR boleh mendaftarkan pengundi hantu sedangkan SPR mempunyai Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST)  yang telah dihubungkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System)?

Berdasarkan kepada peristiwa pada 2 Ogos 2011 di mana JPN mengubah status warganegara dalam tempoh satu jam setengah maka mungkin maklumat Farhana Binti Abdul Rashid akan berubah selepas media menyiarkan maklumat pengundi hantu ini.

Dewan Pemuda PAS Malaysia beranggapan mungkin telah berlaku kecuaian manusia yang menyebabkan sebuah kampung  dibenarkan mengundi. Salah satu punca kepada masalah ini adalah kerana SPR tidak mempunyai sistem pengesahan pengundi yang benar-benar mantap. Kecuaian manusia tidak dapat dikesan oleh sistem selepas data-data dimasukkan.

Dewan Pemuda PAS juga mendesak kepada SPR agar menggugurkan bayaran RM10 bagi setiap bantahan dan RM200 bagi setiap bantahan yang ditolak. Bantahan ini merupakan salah satu kaedah mengesan kesilapan manusia. Bantahan ini dibenarkan semasa SPR mempamerkan rang daftar pemilih.  Apabila bayaran yang dikenakan terlalu mahal maka ia akan membebankan mereka yang mahu membuat bantahan sedangkan bantahan ini bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih SPR.

Ini bermaksud pembantah mahu membantu SPR membersihkan data mereka. Membersihkan daftar pemilih adalah tugas hakiki SPR. Malangnya SPR mengenakan bayaran yang tinggi untuk membantunya membersihkan daftar pemilih. Bayaran yang dikenakan oleh SPR kepada pembantah adalah termasuk perkara-perkara yang pelik dalam negara kita. Sepatutnya SPR memberi bayaran tanda penghargaan kepada mereka yang membuat bantahan bukannya mengenakan bayaran kepada mereka yang mahu membantu SPR.

Tempoh bantahan juga terlalu singkat dan tidak munasabah iaitu hanya 5 hari sahaja termasuk 2 hari bercuti.  Contohnya dalam rang suku ke-2 tahun 2011, SPR hanya membenarkan bantahan pada 29 Julai 2011 hingga 2 Ogos 2011. Iaitu 5 hari bermula hari Jumaat hingga selasa. Tempoh ini terlalu singkat dan merumitkan.  Bayaran dan tempoh yang terlalu singkat ini seolah-olah SPR mempunyai agenda tersembunyi bagi menyukarkan pembantah untuk membuat bantahan.

Dewan Pemuda PAS mendesak agar tempoh bantahan ini dipanjangkan dan bayaran kepada pembantah digugurkan. Ini  bagi memudahkan semua pihak membuat pembersihan daftar pemilih di masa akan datang.

Sumber dari HarakahDaily

Bukti seorang boleh mengundi 4 kali

Hari ni gua bawak lagi 1 kes yang perlu diambil perhatian... Kes yang agak unik... 1 individu dengan 1 Kad Pengenalan Lama, memiliki 2 MyKad yang nombornya berlainan,1 MyKad telah dituntut oleh individu ini manakala 1 lagi MyKad belum dituntut dan masih berada dalam simpanan JPN Wilayah Persekutuan (KL).

Paling menarik ialah, individu ini telah disahkan oleh SPR sebagai pengundi berdaftar yang sah dan layak mengundi di 2 Parlimen dan 2 DUN yang berlainan.


Berikut adalah butir-butir individu.

No Kad Pengenalan Lama: 6397062

No MyKad 1: 620108-08-6991 (Kad telah diambil)
No Mykad 2: 620108-08-6713 (Kad sedia diambil)
Nama: Mohd Rashid bin Ismail

Bukti semakan dalam laman sesawang JPN seperti dibawah:



Berikut pula adalah hasil semakan di laman sesawang SPR:

Sekiranya segala pendedahan yang dibuat ini tidak membawa sebarang perubahan didalam SPR dan juga JPN, gua fikir ada baiknya Gerakan BERSIH 3.0 dilancarkan 3 bulan dari sekarang.

Kita akan ke Jalanraya dan kali ini gua tak rasa Jalanraya di Kuala Lumpur sebagai tempat yang menarik. Ada baiknya kita kejalanan dan seterusnya berkampung di perkarangan Ibu-Pejabat SPR dan perkarangan Ibu-Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.


Terus berkampung disana sehingga Perubahan dilakukan didalam Daftar Pemilih. Kalau SPR dan JPN cuba nak main gila dengan Rakyat, Rakyat pun boleh tunjukkan apa itu "Gila". 


Sumber dari paspb

Thursday, August 4, 2011

00006 - Pengundi berusia lebih 100 tahun

Terdapat 14 pengundi yang berusia lebih 100 tahun di Dun Sg Bakap. Masih hidupkah lagi mereka? Atau hidup hanya untuk datang mengundi?

 1. 011212755303     MAIDIN BIN HASSAN
 2. 020611755057     RATENAM S/O PERMALU
 3. 021003745191     TEK CHIANG SOO
 4. 041014745259     LOW KIM MING
 5. 051013075088     TAN GAIK IN
 6. 060810745253     ENG PENG KEE
 7. 070309075048     ONG QUCK KEAN
 8. 081109025162     RAFIAH BINTI SALLEH
 9. 081218075046     SOM BINTI AWANG
10. 090622105029    MD ARIFF BIN ALWI
11. 091013075076    HALIMAH BINTI OTHMAN
12. 091206085289    ABDUL KADER BIN ISHAK
13. 101214075220    AISHAH BINTI DIN




Bersihkan Daftar Pemilih - Satu daripada tuntutan Bersih 1.0 dan 2.0

Bukan 1 @ 50, Rupa-rupanya 1100 Warga Asing (PR) dalam Senarai Undi di Selangor


Menurut MK, PAS mendakwa telah mengesan lebih 1,000 penduduk tetap (PR) di Selangor, yang telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih dan layak mengundi. Hal ini mengukuhkan dakwaan bahawa masalah itu mungkin lebih daripada setakat 'kecuaian teknikal' Jabatan Pendaftaran Negara.

Selepas mengenal pasti kehadiran orang asing dalam senarai pemilih yang yang pengundi di Selangor, badan pemantau pilihan raya Pemuda PAS negeri itu, menggesa ahli di negeri-negeri lain supaya meneliti daftar tambahan pengundi yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya itu (EC) di kawasan masing-masing.

"Di Selangor ada lebih kurang 1,100 nama penduduk tetap (PR) ini sedang dibantah oleh pihak PAS negeri dan PAS negeri-negeri lain juga diharapkan dapat meneruskan bantahan yang serupa," kata pengarah jabatan pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzah.

Semalam, PAS Wilayah Persekutuan mendakwa telah mengesan 52 kes penduduk tetap disenarai sebagai pengundi apabila mengemukakan bantahan kepada SPR Wilayah Persekutuan. Setiausaha PAS kawasan Titiwangsa, Hedzer Ibrahim berkata pada jam 3 petang, 52 penduduk tetap tersebut telah dikategorikan sebagai warganegara Malaysia.



P/s: LAHANAT!!!!

Pengundi P Pinang lonjak 32,000 dalam 3 bulan

 
Berikutan dakwaan bahawa lebih 1,500 penduduk tetap dibenarkan mendaftar dalam senarai tambahan pemilih terbaru, Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini mendakwa jumlah pengundi di negeri itu telah melonjak dengan mendadak sebanyak 32,000 orang dalam hanya tiga bulan.

Seramai 1,400 undi pos dimasukkan ke dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Maung, yang kini diwakili oleh exco kerajaan negeri itu, Abdul Malik Kassim dari PKR.

Antara 2008 hingga 2010, kerusi majoriti Melayu itu menyaksikan peningkatan sebanyak 2,200 pengundi.

Kebanjiran pengundi itu didedahkan hari ini dalam sidang akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang turut dihadiri oleh Abdul Malik dan Timbalan Ketua Menteri, Mansor Othman.
Pada masa lalu, kata Lim, biasanya akan ada pertambahan kira-kira 10,000 pengundi baru, tetapi peningkatan tiga kali ganda itu "mencurigakan" dan menimbulkan kebimbangan "mungkin berlaku penipuan".

"Pilihan raya umum semakin hampir. Jika pertambahan pengundi adalah 200 hingga 400, ia boleh diterima, tetapi kini terdapat pertambahan sebanyak tiga kali ganda (jumlah tersebut). Macam mana nak menang?" soalnya.

Hantu lapar undi

Lim berkata pertambahan jumlah pengundi berlaku dalam tempoh tiga bulan, sambil menyentuh tentang dakwaan mengenai 'Mismah' dan lebih 1,500 penduduk tetap yang didaftarkan sebagai pengundi.

"Dalam dunia ini, kita telah mi segera, tetapi di Malaysia, kami mempunyai pengundi segera," kata Lim berseloroh.
"Bulan ini adalah bulan hantu lapar untuk orang Cina, tetapi apa yang kita lebih takut ialah pengundi hantu," katanya.

Lim mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana keengganannya untuk menyiasat kes-kes tersebut atau mengambil tindakan.

00005 - Satu nama, 2 ic dan tahun yang sama

Silalah anda semak.

1- 480104085893      ABDULLAH BIN JAAFAR
    480720075365      ABDULLAH BIN JAAPAR  nama cuma beza huruf F dan P


2 -  390916075122      AISHAH BINTI MUSA
      391121025230      AISHAH BINTI MUSA

3 - 660101076199      AZHAR BIN AHMAD
     661213075187      AZHAR BIN AHMAD

4 - 711025075561      AZMI BIN ABDULLAH
     711031075621      AZMI BIN ABDULLAH


5 - 580214075467      ISHAK BIN AHMAD    
     580604075323      ISHAK BIN AHMAD

Semua data ini diambil dari DPI 2010 N21 Sg Acheh

Wednesday, August 3, 2011

00004 - 2 ic, nama sama, umur sama, tempat berbeza


00003 - Nama serupa mengundi di satu dun namun berbeza umur


Beza umur hanyalah 7 tahun

00002 - Pengundi usia lebih 100 tahun

Selepas Kantoi, SPR Ubah Status Permohonan Mismah

  
NONE
Sila lihat!
Malaysia Kini melaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengubah status Mismah, yang namanya telah dimasukkan dalam draf senarai pendaftaran pemilih. Hal ini berdasarkan semakan pada sistem pengesahan dalam talian SPR pada jam 2 petang hari ini.

'Status rekod' (rujuk rajah) menyatakan permohonannya untuk mendaftar sebagai pengundi adalah "dalam proses pengesahan daftar pemilih" sedangkan semalam, statusnya dilabelkan sebagai "sedang dalam pameran rang"


P/s: Jurublog UMCO mendakwa MK menipu, silalah saman MK!!!

00001 - ZULKIFLI BIN SHAARI



2 nama yang hampir sama. Dalam 1 dun yang sama. Meragukan?

Tuesday, August 2, 2011

Pendahuluan

Blog ini akan memaparkan bukti-bikti kewujudan pengundi hantu di Pulau Pinang. Jika ada maklumat dari negeri lain juga akan dikumpulkan di sini. Sila emelkan kepada saya di insan_fakir04@yahoo.com