Thursday, August 4, 2011

Bukan 1 @ 50, Rupa-rupanya 1100 Warga Asing (PR) dalam Senarai Undi di Selangor


Menurut MK, PAS mendakwa telah mengesan lebih 1,000 penduduk tetap (PR) di Selangor, yang telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih dan layak mengundi. Hal ini mengukuhkan dakwaan bahawa masalah itu mungkin lebih daripada setakat 'kecuaian teknikal' Jabatan Pendaftaran Negara.

Selepas mengenal pasti kehadiran orang asing dalam senarai pemilih yang yang pengundi di Selangor, badan pemantau pilihan raya Pemuda PAS negeri itu, menggesa ahli di negeri-negeri lain supaya meneliti daftar tambahan pengundi yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya itu (EC) di kawasan masing-masing.

"Di Selangor ada lebih kurang 1,100 nama penduduk tetap (PR) ini sedang dibantah oleh pihak PAS negeri dan PAS negeri-negeri lain juga diharapkan dapat meneruskan bantahan yang serupa," kata pengarah jabatan pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzah.

Semalam, PAS Wilayah Persekutuan mendakwa telah mengesan 52 kes penduduk tetap disenarai sebagai pengundi apabila mengemukakan bantahan kepada SPR Wilayah Persekutuan. Setiausaha PAS kawasan Titiwangsa, Hedzer Ibrahim berkata pada jam 3 petang, 52 penduduk tetap tersebut telah dikategorikan sebagai warganegara Malaysia.



P/s: LAHANAT!!!!

No comments:

Post a Comment